Mulakan Pertanian Hijau dengan baja organik
Diperkaya dengan nutrien semula jadi, pilihan lebih baik untuk hasil lebih sihat.

Formula Organik Premium
untuk Setiap Jenis Tanaman

Baja Organik Tahi
Lembu & Kambing
Kaya nutrien NPK & mikronutrien penting dan sesuai untuk semua jenis tanaman.

Fish Amino Acid
(FAA)
Cecair organik hasil perapan ikan. Menggalakkan pertumbuhan daun sihat & subur.

Organic Booster
(Baja Foliar)
Penggalak akar & imuniti tanaman dan membantu penyerapan nutrien lebih baik.
Tenaga Semula Jadi untuk Tanaman Anda
Baja tahi lembu ialah baja organik semula jadi yang kaya dengan nutrien penting seperti nitrogen, fosforus dan kalium untuk menyuburkan akar, batang, dan buah tanaman. Ia membantu menjadikan tanah lebih gembur, mengekalkan kelembapan serta memperbaiki pengudaraan akar. Selain selamat dan mesra alam, baja ini juga mengandungi mikroorganisma baik yang melindungi akar dan mempercepatkan penguraian bahan organik. Digunakan secara konsisten, ia mampu mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia sambil menyokong pertanian mampan berkonsepkan “zero waste.”
Pilihan Lebih Bijak untuk Petani
& Pencinta Tanaman
Memulihkan Struktur Tanah Secara Efektif
Meningkatkan struktur tanah, mengekalkan kelembapan, dan menyokong amalan pertanian lestari.
Nutrien Seimbang untuk Pertumbuhan Optimum
Kaya dengan nutrien penting seperti NPK dan mikronutrien, sesuai untuk sayur-sayuran, buah-buahan, padi, serta tanaman hiasan.
Formula Organik yang Teruji dan Selamat
Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti tahi lembu dan hasil berasaskan ikan, selamat untuk tanah, tanaman, dan alam sekitar.
Hasil Tanaman
Menggunakan Mooganic
Betik tumbuh dengan cantik dan berkualiti
Cili lebih pedas dan warna yang cantik
Daun hijau segar hasil tenaga semula jadi
Terung tumbuh dengan banyak dan kualiti yang cantik
Tumbuh bulat, sihat dan segar dari ladang
Cili hijau tumbuh dengan segar dan besar
Apa Kata Mereka Tentang Mooganic
Baja ini memang terbaik untuk tanaman saya! Teksturnya bagus dan senang digunakan. Pokok nampak lebih subur dan sihat selepas beberapa kali guna. Memang wajib ada untuk setiap kebun!
Produk sampai dengan cepat dan pembungkusannya kemas, siap lapisan berganda. Baja pun kering, mudah hancur dan sangat berbaloi dengan harga. Memang akan beli lagi!
Barang diterima dalam keadaan baik dan tekstur sangat bagus. Terima kasih kepada penjual! Produk ini membantu pertumbuhan pokok saya dengan ketara. Akan beli semula.
Sesuai sangat untuk baja pokok — banyak dan berbaloi! Teksturnya serbuk halus, mudah digunakan terus tanpa perlu campuran lain. Pokok pun cepat nampak hasil.
Sesuai sangat untuk baja pokok — banyak dan berbaloi! Teksturnya serbuk halus, mudah digunakan terus tanpa perlu campuran lain. Pokok pun cepat nampak hasil.

Zulli Resources ialah perniagaan milikan penuh Bumiputera yang menghasilkan dan memasarkan baja organik berasaskan bahan semula jadi seperti Baja Tahi Lembu, Fish Amino Acid (FAA) dan Organic Booster. Diasaskan oleh Nur Zulliana binti Kamarulzaman, syarikat ini berperanan penting dalam menyokong amalan pertanian lestari dan mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia moden. Setiap produk dihasilkan daripada bahan semula jadi 100% tanpa sebarang bahan kimia berbahaya, memastikan hasil tanaman lebih selamat dan mesra alam.
Sebagai peneraju dalam bidang baja organik tempatan, Zulli Resources komited untuk membantu petani moden dan komuniti tani mencapai hasil yang berkualiti tinggi dengan cara yang mampan. Dengan semangat inovasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, syarikat ini terus menambah baik formulasi produk bagi memastikan keberkesanan, keselamatan, dan kesejahteraan tanah serta tanaman jangka panjang.
Semua yang Anda Perlu Tahu Tentang Baja Organik Kami
Apa itu Mooganic?
Mooganic ialah baja organik yang dihasilkan daripada tinja lembu terpilih melalui proses pemeraman dan pengeringan. Ia kaya dengan nutrien semula jadi yang membantu menyuburkan tanah, menguatkan akar, serta menjadikan tanaman lebih sihat.
Apakah kelebihan Mooganic berbanding baja kimia?
100% organik, mesra alam & selamat.
Memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.
Membantu mikrob baik dalam tanah untuk terus hidup.
Hasilkan tanaman lebih sihat, segar & tahan penyakit.
Sesuai untuk tanaman apa?
Mooganic sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman:
- Sayuran berdaun & berbuah.
- Pokok buah-buahan & dusun.
- Tanaman padi & kebun.
- Pokok bunga & tanaman hiasan.
Bagaimana cara penggunaan Mooganic?
Tanaman pasu/pokok kecil: Tabur 1 genggam di sekeliling pokok setiap 2–3 minggu.
Pokok buah/ tanaman besar: Tabur 2-3 genggam 2-3 minggu sekali.
Campuran tanah 1 bahagian baja + 2 bahagian tanah untuk semaian.
Adakah Mooganic berbau kuat?
Tidak. Proses khas pengeringan & pemeraman menjadikan Mooganic kurang bau berbanding najis mentah, lebih selesa digunakan.
Berapa lama Mooganic boleh disimpan?
Mooganic boleh disimpan selama 12–18 bulan dan lebih jika disimpan di tempat kering dan tidak terkena pancaran terus matahari.
Adakah Mooganic sesuai untuk pertanian organik?
Ya, Mooganic 100% bebas bahan kimia tambahan dan sebagai pilihan selamat untuk pertanian organik serta tanaman makanan sihat.
Dalam bentuk apa Mooganic dijual?
Mooganic didatangkan dalam bentuk serbuk halus dan dibungkus di dalam pouch dengan berat 1kg
Berapa cepat kesan Mooganic dapat dilihat?
Dalam masa 2–3 minggu penggunaan berterusan, pokok akan mula nampak lebih hijau, subur dan kuat.
Kenapa patut pilih Mooganic?
Produk organik tempatan yang berkualiti.
Harga berpatutan.
Nutrien lengkap untuk semua jenis tanaman.
Bantu kesihatan tanah untuk jangka masa panjang.


